“Abang Doakan Kehidupan Ko Diberkati Allah, Cap” – Kisah Adik Berhenti Kerja Demi Jaga Ayah

Dalam dunia yang sibuk dengan kejaran kerjaya dan impian peribadi, ada kisah yang lebih besar dari sekadar kejayaan akademik atau wang ringgit. Perkongsian ini menceritakan tentang Muhammad Ashraaf, seorang lulusan UIAM, pemegang biasiswa JPA, yang memilih untuk melepaskan segalanya demi menjaga ayah yang sedang sakit.

Dari Master Fizik Ke MA Klinik Vet, Hingga Menjadi Penjaga Ayah

Ashraaf pernah menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam Fizik, namun berhenti kerana merasa dirinya tiada jiwa dalam bidang itu. Dia kemudian bekerja sebagai MA (Medical Assistant) di sebuah klinik veterinar di Bangi.

Namun, apabila ayahnya jatuh sakit dan memerlukan rawatan berulang-alik ke Institut Kanser Negara (IKN), si ayah membuat permintaan besar kepadanya:

“Acap, resign. Ayah bayar gaji kau dari pencen penjawat awam ayah.”

Tanpa ragu, Ashraaf melepaskan pekerjaannya untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada ayahnya di rumah.

Baca Juga  “Saya Pun Melting!” – Kisah Chrissy Jmil Bersama Bella Astillah Buat Ramai Tersentuh

Anak Manja Ayah, Tapi Yang Paling Tahu Urusannya

Ashraaf merupakan anak yang istimewa buat ayahnya. Sejak kecil, dia menghidap G6PD, yang menyebabkan dia perlu lebih berhati-hati dengan benda-benda seperti ubat gegat, kacang parang dan ridsect.

Namun, dalam akademik, dia luar biasa. Tak banyak belajar, tetapi tetap score. Abangnya yang belajar siang malam pun keputusan ke laut. 🤣

Walaupun begitu, peranannya dalam keluarga lebih dari sekadar pencapaian akademik. Dialah yang paling memahami prosedur rawatan ayahnya.

“Apa-apa hal pasal prosedur ayah, Acap tahu. Aku ni kalau nak tolong pun, ayah tanya dulu, ‘Acap mana? Ayah nak Acap..’”

Sementara abangnya masih tercari-cari cara terbaik membantu, Ashraaf sudah mahir dalam rawatan seperti dressing luka, berkat pengalaman sebagai MA di klinik veterinar sebelum ini.

Baca Juga  PARTI TEMPATAN Vs PARTI NASIONAL: Sentimen, Realiti & Strategi PRN17

“Walaupun Orang Cakap Ko Pelik, Tapi Bagi Abang, Ko Rare Breed”

Kasih sayang seorang abang jelas terpancar dalam setiap kata-kata ini.

“Abang doakan kehidupan ko diberkati Allah, Cap. Walaupun orang cakap ko pelik, tapi bagi abang ko bukan pelik, tapi rare breed.”

Sebagai tanda penghargaan, abangnya berjanji:

“Nanti Mei abang belanja ko tengok movie Minecraft, Cap.”

Di sebalik kisah ini, satu perkara yang jelas – kasih sayang dan pengorbanan seorang anak tidak ternilai. Walau apa pun cabaran hidup, keluarga tetap nombor satu.

Terima kasih, Ashraaf, kerana menjadi contoh bahawa kejayaan sebenar bukan hanya diukur dengan ijazah atau kerjaya, tetapi dengan hati yang ikhlas berbakti.

Artikel ini dipetik dan diolah dari perkongsian Facebook Zara Williams.

scroll to top