KOTA KINABALU – Penglibatan anak muda dalam politik Sabah terus menjadi topik perbincangan penting menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Dalam satu kunjungan ke Restoran Pak Mus milik Tuan Musli Oli, penganalisis politik tersohor tanah air itu berkongsi pandangannya mengenai landskap politik semasa, terutamanya menjelang Pemilihan Cabang Parti Keadilan pada 11 hingga 20 April 2025 serta PRN ke-17 Sabah yang semakin hampir.
Musli Oli yang telah menulis lebih 30 judul buku berkaitan politik dan pembangunan negeri, menjadi antara figura penting dalam menganalisis perkembangan politik Negeri Sabah secara mendalam dan konsisten.
Dalam pertemuan tersebut, beliau turut menghadiahkan sebuah karya tulis terbarunya berjudul:
“Politik Federalisme – Parti Nasional atau Parti Tempatan?”
Sebuah buku yang dipenuhi dengan kupasan idea yang kritikal dan analisis mendalam, sesuai dijadikan bahan bacaan ilmiah oleh generasi muda yang ingin memahami arah tuju politik negeri ini.
Menurut perkongsian oleh Alfie Mohd Khanafi, beliau menyifatkan sesi pertemuan dan temu bual dengan Musli Oli sebagai suatu pengalaman berharga dalam memahami dinamik politik Sabah, terutama sekali melibatkan kecenderungan politik generasi muda yang bakal menjadi penentu masa depan negeri.
Dalam konteks politik negeri yang kian rencam, suara anak muda dan pemahaman mereka terhadap isu tempatan menjadi kunci kepada perubahan dan pembentukan dasar yang lebih inklusif untuk rakyat Sabah.
Artikel ini dipetik dan diolah dari Facebook Alfie Mohd Khanafi.