Judika Pilih Tak Nyanyi Lagi Lagu Dewa 19 Lepas Dikenakan Bayaran RM4,500 Untuk Lesen Langsung!

JAKARTA – Industri muzik Indonesia sekali lagi digemparkan apabila penyanyi popular Judika membuat keputusan untuk tidak lagi menyanyikan lagu-lagu Dewa 19 selepas dikenakan direct license oleh pemilik hak cipta, Ahmad Dhani.

Dalam kenyataannya, Judika mendedahkan insiden itu berlaku semasa sebuah acara ulang tahun syarikat Garuda, di mana beliau diminta menyampaikan beberapa lagu popular kumpulan Dewa 19, termasuk lagu ikonik “Separuh Nafas”.

Namun, tindakan tersebut menyebabkan penyelenggara acara perlu membuat pembayaran sebanyak Rp15 juta (anggaran RM4,500) untuk tiga lagu yang dipersembahkan – bayaran yang disalurkan terus kepada Ahmad Dhani.

“Saya sendiri tidak bayar. Pihak event yang urus bayaran dan saya cuma teruskan bukti transfer kepada Ahmad Dhani,” jelas Judika, sambil menegaskan bahawa beliau bukan pendukung sistem direct license, sebaliknya hanya cuba mengelakkan konflik dan patuh kepada undang-undang hak cipta.

Isu Hak Cipta Kembali Panas

Kenyataan Judika mengundang perbincangan hangat dalam kalangan peminat dan pemain industri muzik Indonesia yang melihat isu direct license sebagai sesuatu yang semakin kontroversial.

Baca Juga  Tesla Tarik Balik Sebahagian Besar Cybertruck – Panel Luar Boleh Tercabut Semasa Memandu!

Sistem ini membolehkan pemilik hak cipta seperti Ahmad Dhani mengenakan bayaran terus kepada mana-mana pihak yang ingin mempersembahkan lagu miliknya – berbeza daripada sistem kolektif lisensi yang dikendalikan oleh badan pengurusan hak cipta.

Judika turut menyuarakan rasa kecewa apabila dirinya dianggap menyokong sistem ini, walhal beliau hanya ingin menjaga profesionalisme dan mengelakkan polemik.

Sehingga kini, Ahmad Dhani masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas berhubung kenyataan Judika itu.

Insiden ini sekali lagi membuka ruang diskusi lebih besar tentang keperluan pembaharuan dalam sistem pengurusan hak cipta dan lesen lagu di Indonesia.

Artikel ini dipetik dan diolah dari Update Nusantara

scroll to top