Kempen Derma Darah Ramadan HDOK Kembali – Warga Sandakan Dijemput Jadi Penyelamat Nyawa!

SANDAKAN – Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Duchess of Kent (HDOK) mempelawa seluruh warga Sandakan untuk hadir menyertai Kempen Derma Darah Ramadan yang memasuki minggu terakhir bulan Mac 2025.

Kempen ini akan berlangsung dari 25 Mac (Selasa) hingga 30 Mac (Ahad) mengikut jadual lokasi yang telah ditetapkan. Penduduk sekitar diminta menyebarkan makluman kepada jiran, rakan dan ahli keluarga agar lebih ramai dapat menyertai usaha murni ini.

“Kami menghargai jasa baik kalian yang sudi menjadi penyelamat dan harapan kepada sebuah kehidupan,” menurut kenyataan rasmi HDOK di media sosial.

Derma Darah, Tanda Prihatin & Kasih Sayang

Kempen ini bukan sekadar aktiviti kesihatan, malah menjadi salah satu bentuk amal jariah yang sangat digalakkan terutama di bulan Ramadan. Setitis darah yang didermakan boleh menyelamatkan nyawa, terutamanya bagi pesakit yang memerlukan transfusi segera.

Baca Juga  UMS Lebarkan Sayap Ke China, Tawar Program Pesisir Asasi Sains Sosial

Pihak hospital juga menekankan keperluan untuk mengekalkan paras bekalan darah pada tahap selamat agar dapat memenuhi permintaan harian pesakit.

Tabung Darah HDOK Sentiasa Dibuka (Waktu Pejabat)

Bagi mereka yang tidak sempat hadir ke lokasi luar, penderma juga boleh hadir terus ke Tabung Darah HDOK yang beroperasi di:

  • Aras 4, Bangunan Klinik Pakar, Hospital Duchess of Kent
  • 8:00 pagi hingga 4:00 petang, Isnin hingga Jumaat (hari bekerja)

Setiap sumbangan darah sangat bermakna dan boleh membawa harapan baharu kepada mereka yang sedang berjuang untuk hidup.

Jom bantu HDOK kekalkan stok darah yang mencukupi dan selamat. Sebarkan maklumat ini dan jadilah sebahagian daripada penyelamat nyawa!

scroll to top