Kundasang: Destinasi Sejuk Bak Luar Negara di Sabah

Kundasang, sebuah pekan kecil yang terletak di kaki Gunung Kinabalu, sering menjadi pilihan utama bagi pendaki yang ingin menawan gunung tertinggi di Malaysia. Dengan latar belakang gunung-ganang yang memukau dan udara yang sejuk serta berangin, Kundasang menawarkan pengalaman seperti berada di luar negara.

Bagi pelancong yang datang ke sini, jangan lupa membawa pakaian tebal kerana suhu boleh menjadi cukup dingin, terutamanya pada waktu pagi dan malam. Selain itu, pekan ini juga terkenal dengan pasar segar yang menjual pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan organik yang ditanam oleh penduduk tempatan. Warna-warni bunga yang dijual di sekitar pekan ini turut menambah daya tarikan tersendiri.

Baca Juga  “Kalau Saya Ada RM1 Juta…” – Ebi Kornelis Dedah Realiti Pahit Dunia Filem Tempatan di Sabah

Jika anda mencari tempat penginapan yang selesa dan mesra bajet, Kundasang menyediakan pelbagai pilihan seperti Happy Village Kundasang, Mount Hill Villa Kundasang, Seribu 1 Homestay Kundasang, dan banyak lagi. Dengan gabungan pemandangan indah, udara nyaman, serta suasana damai, Kundasang sememangnya destinasi percutian yang wajib dikunjungi!

scroll to top