Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Hampir Siap, Tapi Satu Kawasan Ini Masih Jadi Penghalang!

KOTA SAMARAHAN, 21 Mac – Rakyat Sarawak bakal menikmati kemudahan jalan raya yang lebih moden dan selesa menerusi Projek Lebuhraya Pan Borneo, namun terdapat satu seksyen penting yang masih belum dapat disiapkan hingga menimbulkan tanda tanya ramai.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, hanya satu seksyen yang masih dalam pembinaan iaitu di kawasan Sibuti, Miri. Isu utama yang membelenggu pembinaan di situ adalah proses pengalihan paip yang belum selesai, menyebabkan kerja-kerja pembinaan tidak dapat diteruskan seperti dijadualkan.

“Sekarang ini pembinaan (Pan Borneo Sarawak) ada isu di Sibuti kerana ada kerja pengalihan paip. Kerja-kerja pembinaan tidak boleh dibuat sehingga paip baharu disiapkan,” katanya semasa menghadiri Program Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Masjid Darul Sabirin, Kampung Empila.

Baca Juga  BKK Aidilfitri RM500 Legakan Penjawat Awam – “Sangat Membantu Buat Persiapan Raya”

Tambahnya, kelewatan ini menjadikan jangkaan siap keseluruhan lebuh raya ditunda ke tahun 2026, sekaligus melanjutkan lagi penantian penduduk yang mengharapkan kemudahan ini untuk mempercepat dan memudahkan perjalanan antara bandar-bandar utama di negeri itu.

Untuk makluman, projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak merangkumi 11 pakej kontrak melibatkan 25 seksyen sepanjang 786 kilometer, dan telah mencapai 99 peratus siap setakat Julai tahun lepas. Projek mega ini dilaksanakan oleh 11 kontraktor utama, dengan tujuan menyediakan sistem lebuh raya bebas tol yang moden dan selamat kepada rakyat Sarawak.

Walaupun kemajuan projek secara keseluruhan amat memberangsangkan, kelewatan di seksyen Sibuti menjadi perhatian kerana ia menjadi antara komponen terakhir sebelum projek ini dapat dianggap siap sepenuhnya.

Baca Juga  Rafizi Ramli Sah Akan Pertahan Jawatan Timbalan Presiden PKR – Elak Drama Politik Dalam Kerajaan

Artikel ini dipetik dan diolah dari https://bernama.com/bm/news.php?id=2404933

scroll to top