KOTA KINABALU, 26 Mac – Bagi pengunjung yang baru tiba di Sabah dan sedang mencari tempat makan menarik, Locomotive Night Market yang terletak di belakang Aeropod, Tanjung Aru kini menjadi salah satu lokasi tumpuan yang patut disinggahi.
Menurut hantaran oleh D’ Jesselton Sabah di Facebook, pasar malam ini menawarkan pelbagai pilihan makanan yang sesuai untuk semua selera – dari makanan tempatan hinggalah ke hidangan moden dan fusion.
Para peniaga mula beroperasi seawal jam 4 petang, menjadikan lokasi ini sesuai dikunjungi sama ada untuk makan malam awal, berbuka puasa, atau sekadar bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan.
Kombinasi lokasi yang strategik di tengah bandar, suasana santai serta variasi juadah menjadikan Locomotive Night Market salah satu spot wajib cuba jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu.
Jadi, kalau anda baru saja sampai ke Sabah dan mencari “port lepak” yang menarik, singgah saja di Locomotive Night Market Tanjung Aru – pasti puas hati!
Artikel ini dipetik dan diolah daripada hantaran Facebook oleh D’ Jesselton Sabah.