NUR@PETRA Ganti SAVE 4.0 – Kini Rebat Elektrik Hingga RM75,000 Untuk Isi Rumah & Industri

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2025 – Inisiatif terbaru NUR@PETRA yang diperkenalkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui SEDA Malaysia kini membuka peluang lebih luas untuk rakyat dan sektor perniagaan menjimatkan penggunaan tenaga serta menikmati rebat hebat sehingga RM75,000.

Menurut Ketua Pegawai Operasi SEDA, Koh Keng Sen, program ini adalah penjenamaan semula SAVE 4.0, yang sebelum ini hanya tertumpu kepada pengguna domestik.

Apa Itu NUR@PETRA?
NUR:DOMESTIK – Rebat hingga RM400 untuk isi rumah yang membeli alat elektrik cekap tenaga (4 & 5 bintang) seperti peti sejuk dan penghawa dingin.
NUR:PMKS – Rebat hingga RM4,000 untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang berdaftar dengan SMECorp dan menggunakan bekalan elektrik komersial.
NUR:CHILLER – Rebat hingga RM75,000 untuk pengguna industri dan komersial yang melabur dalam sistem penyejukan cekap tenaga.

Baca Juga  Sabah & Sarawak Jadi Ujian Politik Buat Anwar – Isu MA63, Petronas & Kuasa Politik!

Mudah & Terbuka Kepada Ramai
Untuk kategori DOMESTIK: Bawa bil elektrik dan kad pengenalan ke kedai berdaftar atau platform e-dagang.
Untuk kategori PMKS: Mohon melalui sistem SEDA dan mesti berdaftar dengan SMECorp.

Kenapa Sertai NUR@PETRA?
Jimat bil elektrik jangka panjang
Kurangkan pelepasan karbon & pencemaran udara
Rebat besar-besaran yang membantu kurangkan kos awal pembelian peralatan
Lebih 1,377 kedai berdaftar di seluruh negara menyertai program ini

Untuk maklumat lanjut dan senarai kedai berdaftar:
www.seda.gov.my/nur

Program ini berlangsung sehingga 31 Disember 2025, jadi jangan lepaskan peluang untuk berjimat sambil menjaga alam sekitar!

Artikel ini dipetik dan diolah dari BERNAMA.

 

scroll to top