Romieo & Natahsya Ungguli Borneo Half Marathon 2025 – Lebih 3,000 Pelari Meriahkan KK!

KOTA KINABALU, 24 Februari 2025Romieo Gomboh dan Natahsya Soon mencipta kejayaan gemilang apabila menjuarai kategori Terbuka Lelaki dan Wanita 21KM dalam Intercity Mayor’s Cup Borneo Half Marathon (BHM) yang berlangsung semalam.

Romieo, bekas pemegang rekod Sukan Sabah (SAGA), menamatkan larian 21KM dalam masa 1:18.50s, mengatasi Mohammad Ikmal Sahdan (1:19.10s) dan Wincentbert Latius (1:19.19s) yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu, Natahsya, yang pernah memenangi pingat emas pasukan dan gangsa individu dalam Mountain Bike (MTB) Cross-Country di Sukan SEA Hanoi, mencatat kemenangan dalam acara wanita dengan masa 1:43.48s.

Tempat kedua dan ketiga kategori wanita 21KM pula dimenangi oleh Tan Wei Jun (1:51.15s) dan Suhaila Muhammad (1:52.03s).

Keputusan Penuh Kategori Utama

🏃‍♂️ 21KM Terbuka Lelaki

1️⃣ Romieo Gomboh – 1:18.50s
2️⃣ Mohammad Ikmal Sahdan – 1:19.10s
3️⃣ Wincentbert Latius – 1:19.19s
4️⃣ Megallan Ganesan – 1:21.56s
5️⃣ Pam Zhen Shen – 1:22.56s

Baca Juga  Persatuan Sukan Sabah Diseru Laksana Program Dengan Penuh Komitmen – Ellron

🏃‍♀️ 21KM Terbuka Wanita

1️⃣ Natahsya Soon – 1:43.48s
2️⃣ Tan Wei Jun – 1:51.15s
3️⃣ Suhaila Muhammad – 1:52.03s
4️⃣ Samantha Chu – 1:58.23s
5️⃣ Suartina Artsan – 2:00.42s

Selain kategori 21KM, perlumbaan 11KM juga menarik penyertaan ramai. Nuralizan Suziana dan Elystrina Jr masing-masing muncul juara dalam kategori lelaki dan wanita 11KM.

🏃‍♂️ 11KM Terbuka Lelaki

1️⃣ Nuralizan Suziana – 42:24.9s
2️⃣ Zaid Suhaipin – 42:30.6s
3️⃣ Henky Helerrio Jinior Presley Gamba – 43:12.2s
4️⃣ Muhamad Aiman Khamis – 44:01.3s
5️⃣ Jackson Tan Jie Chen – 44:01.3s

🏃‍♀️ 11KM Terbuka Wanita

1️⃣ Elystrina Jr – 59:45.8s
2️⃣ Amanda Jayne Willie – 1:11:20.9s
3️⃣ Alicna Suzanne Johning – 1:16.28.5s
4️⃣ Diannie Firiezia Patrice – 1:19.27.9s
5️⃣ Nur Izyan Syazwani Mahadi – 1:20.06.4s

Piala Intercity Mayor’s Cup

Pasukan DBKK A yang terdiri daripada Mohd Rashidi Barahim, Rozenie Jerome, Wincentbert, dan Kona Liau dinobatkan sebagai juara dengan jumlah masa 5:25.00s.

Baca Juga  Sabah Umum Dua Bintang Muda Baru! Skuad Bola Sepak Wanita Siap Gempur LWN 2025

Naib juara diraih oleh DBKK B (6:28.22s), manakala Kuching Utara menduduki tempat ketiga dengan masa 6:34.54s.

Borneo Half Marathon Semakin Popular

Lebih 3,119 pelari mengambil bahagian dalam edisi kali ini, dengan 2,163 peserta menyertai kategori 21KM, manakala 956 pelari bersaing dalam 11KM.

Sejak dilancarkan pada tahun 2020, Borneo Half Marathon telah menjadi acara tahunan ikonik di Kota Kinabalu, bukan sahaja sebagai pertandingan sukan tetapi juga untuk mempromosikan keindahan bandaraya kepada peserta dari dalam dan luar negara.

Majlis bendera dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pengarah DBKK Sr. Lifred Wong, bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Robert Lipon, Presiden Kinabalu Running Club (KRC) Datuk Dr Heng Aik Cheng, serta wakil penaja.

Tahniah kepada semua pemenang dan peserta! Kota Kinabalu sekali lagi membuktikan bahawa ia bukan sahaja destinasi pelancongan, tetapi juga pusat sukan marathon yang semakin berkembang.

Artikel ini dipetik dan diolah dari Sabah Media.

scroll to top