“Saya Pun Melting!” – Kisah Chrissy Jmil Bersama Bella Astillah Buat Ramai Tersentuh

KOTA KINABALU – “Kenapa juga kau minat sama dia ni? Artis biasa saja pun.” Tapi bagi Chrissy Jmil, jawapannya lebih dalam daripada sekadar peminat biasa. Dalam satu perkongsian yang tular di media sosial, Chrissy mendedahkan detik manis dan penuh makna ketika berjumpa selebriti terkenal, Bella Astillah.

Chrissy, yang sedang bertugas dalam uniform ketika itu, tidak dapat menahan keterujaan bertemu Bella — seorang artis yang digambarkannya sebagai “munchkin” yang sangat sopan dan mesra.

“Saya tidak pernah mahu bergambar dengan artis, walaupun sudah jumpa ramai – Malaysia dan antarabangsa. Tapi Bella lain. Saya betul-betul minat dia,” tulisnya.

Menurut Chrissy, Bella bukan sahaja melayan peminat dengan baik, malah turut bertanya dengan ramah, “Berapa umur kau?”, “Kau Sabah dari mana?” – seolah-olah terbalik pula sesi temu bual!

Baca Juga  Deramakot Forest Reserve – Permata Hutan Hujan Tropika di Sabah!

Lucunya, ketika menyajikan jus oren kepada Bella, Chrissy sempat berseloroh tentang kenyataan YB Syed Saddiq bahawa Bella suka minuman manis. Situasi jadi bertambah comel apabila Bella mengadu dengan nada manja selepas dikerjakan rakan sekerja Chrissy yang bergurau tentang tandas.

“Your friend bully me, why ba he bully me,” adu Bella sambil muncung sedikit mulutnya — buat Chrissy tidak tahan untuk ‘sikodut’ pipi si manja itu.

Namun lebih daripada itu, apa yang benar-benar membuat Chrissy kagum adalah ketabahan hati Bella. Menurutnya, Bella adalah wanita berhati besi, dan kisah hidupnya memberi banyak pengajaran – bukan sahaja dalam soal cinta, tapi juga keteguhan dalam berserah kepada Tuhan.

“Saya harap ada movie dibuat berdasarkan kisah sebenar ‘Bella Astillah’. Memang layak.”

Perkongsian ikhlas ini menjadi bukti bahawa selebriti bukan sekadar wajah di kaca TV, tetapi insan yang boleh memberi inspirasi kepada ramai.

Baca Juga  100 Pelajar SK Termunong Tuaran Dirai – Beliawanis Gagasan Rakyat Sulaman Hulur Bantuan Raya!

Artikel ini dipetik dan diolah dari Facebook Chrissy Jmil

scroll to top