STR Fasa 2 Masuk Isnin Ini! Hampir 9 Juta Rakyat Bakal Terima Sehingga RM650!

PUTRAJAYA – Rezeki menjelang raya! Kerajaan mengumumkan bahawa bayaran STR Fasa 2 akan mula disalurkan pada Isnin, 24 Mac 2025, kepada hampir 9 juta penerima yang layak di seluruh negara.

Menurut Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jumlah peruntukan kali ini mencecah RM1.7 bilion, iaitu peningkatan berbanding RM1.5 bilion tahun lalu. Ini sekaligus membuktikan komitmen kerajaan untuk terus membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin mencabar.

📌 Fakta menarik:

  • 60% rakyat dewasa Malaysia bakal terima bantuan sehingga RM650.
  • Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Penerima sedia ada dan yang baharu akan menerima bantuan berdasarkan kategori kelayakan masing-masing.
Baca Juga  Datuk Red Tangguh Niat Kahwin Semula – Fokus Selesai Hutang RM7 Juta Dulu!

Anwar turut menegaskan, peningkatan jumlah bantuan STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM13 bilion tahun ini (naik RM3 bilion berbanding tahun lalu) adalah langkah kerajaan dalam memastikan kehidupan rakyat terus terbela, terutamanya menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.


Tip: Semak akaun bank anda mulai Isnin ini, siapa tahu duit STR dah masuk!

Jangan lupa kongsi berita ini supaya lebih ramai rakyat Malaysia dapat bersedia dengan perbelanjaan raya!

scroll to top